
Tak tahu ini dikatakan ujian di bulan Ramadan, ataupun rezki..
Semuanya berpunca bila aku tempah secara terus dari Mark. Kesilapan utama apabila Mark menggunakan alamat di Paypal sebagai alamat surat menyurat tanpa memberi peluang pelanggan memasukkan alamat penghantaran secara bebas. Jadi, inilah akibatnya.
Di Paypal, aku tidak mendaftarkan nama aku sendiri. Aku menggunakan nama syarikat sebagai pemilik mutlak dan alamat adalah di tempat sebenar aku duduk. Malangnya, apabila barang itu sampai ke Jepun, barang itu dikembalikan semula ke Australia disebabkan nama tertera bukan nama sebenar aku, melainkan aku kemukakan bukti bahawa aku pemilik nama itu, perlu dicetak dari akaun Paypal. Malangnya, aku berada di Malaysia sedang bercuti ketika itu.
Sekembali dari Malaysia, baru aku sedar yang barang itu telah dikembalikan, sedangkan alamat tertera adalah betul. Jadi, aku hubungi semula Mark melalui khidmat pelanggannya. Aku meminta Mark mengubah nama penerima yang tercatat di bungkusan. Jujur aku katakan, menunggu respon dari emel itu ibarat menanti durian mentah jatuh ke tanah. 4 hari tiada jawapan.
Aku menuju ke pejabat pos dan menyatakan masalah sebenar. Staf pejabat pos bersedia untuk membantu aku mengesan semula bungkusan itu. Ketika ini, seramai 4 staf mengerjakan misi ini. Sungguh bertuah, bungkusan itu rupanya masih di Tokyo, menunggu proses untuk dikembalikan ke Australia. Misi kami berjaya. Aku berjaya memilikinya semula.
Selang hampir 1 bulan.., aku dikejutkan lagi oleh panggilan dari pejabat pos pusat. Dia mengatakan “satu lagi barang awak dah sampai”?? Uiik???
Aku baca emel. Bertulis, “Maaf kerana respon yang lambat. Penghantaran dilakukan lagi sekali dengan nama penerima sudah diubah.”
Bayangkanlah kengkawan… 1 bulan.. 30 hari tau… Apa kes??
(tak tahu nak buat apa dengan pakej lagi satu ni. Dah emel Mark, macam biasa tunggu lagi sebulan agaknya…)













