Feeds:
Posts
Comments

Berpindah ke IrfanJani

Terima kasih kerana berkunjung ke sini. Maaf ya. IrfanReka telah berpindah ke

www.IrfanJani.com

beli1dapat2.jpg


Tak tahu ini dikatakan ujian di bulan Ramadan, ataupun rezki..

Semuanya berpunca bila aku tempah secara terus dari Mark. Kesilapan utama apabila Mark menggunakan alamat di Paypal sebagai alamat surat menyurat tanpa memberi peluang pelanggan memasukkan alamat penghantaran secara bebas. Jadi, inilah akibatnya.

Di Paypal, aku tidak mendaftarkan nama aku sendiri. Aku menggunakan nama syarikat sebagai pemilik mutlak dan alamat adalah di tempat sebenar aku duduk. Malangnya, apabila barang itu sampai ke Jepun,  barang itu dikembalikan semula ke Australia disebabkan nama tertera bukan nama sebenar aku, melainkan aku kemukakan bukti bahawa aku pemilik nama itu, perlu dicetak dari akaun Paypal. Malangnya, aku berada di Malaysia sedang bercuti ketika itu.

Sekembali dari Malaysia, baru aku sedar yang barang itu telah dikembalikan, sedangkan alamat tertera adalah betul. Jadi, aku hubungi semula Mark melalui khidmat pelanggannya. Aku meminta Mark mengubah nama penerima yang tercatat di bungkusan. Jujur aku katakan, menunggu respon dari emel itu ibarat menanti durian mentah jatuh ke tanah. 4 hari tiada jawapan.

Aku menuju ke pejabat pos dan menyatakan masalah sebenar. Staf pejabat pos bersedia untuk membantu aku mengesan semula bungkusan itu. Ketika ini, seramai 4 staf mengerjakan misi ini. Sungguh bertuah, bungkusan itu rupanya masih di Tokyo, menunggu proses untuk dikembalikan ke Australia. Misi kami berjaya. Aku berjaya memilikinya semula.

Selang hampir 1 bulan.., aku dikejutkan lagi oleh panggilan dari pejabat pos pusat. Dia mengatakan “satu lagi barang awak dah sampai”?? Uiik???

Aku baca emel. Bertulis, “Maaf kerana respon yang lambat. Penghantaran dilakukan lagi sekali dengan nama penerima sudah diubah.”

Bayangkanlah kengkawan… 1 bulan.. 30 hari tau…  Apa kes??

(tak tahu nak buat apa dengan pakej lagi satu ni. Dah emel Mark, macam biasa tunggu lagi sebulan agaknya…)

Salam semua pembaca IrfanReka.com

minta maaf atas kelewatan mengemaskini blog ini.. ini adalah perancangan saya selepas ini..

1. www PhotoshopTopSecret .com , saya sudah beli DVD ini.. berharga USD240 termasuk pos.. telah selamat sampai ke teratak saya di Jepun ni.. saya dalam proses mempelajari banyak teknik rahsia yang digunakan oleh otai Photoshop, Mark.

p/s: saya akan bongkarkan rahsia-rahsia itu di sini. Tapi bukan dalam bentuk video.. dalam bentuk tutorial statik dan PASTINYA… berbahasa Melayu…

p/s: Saya tak peduli jika ada orang mengatakan saya ini pecah amanah, tak jujur atau apa-apa kerana menyebarkan rahsia ulung yang dipelihara oleh pakar-pakar..

p/s: Aku peduli apa kalau ada orang nak marah (terutamanya pembeli DVD asal PTS ini).. kerjaku ini sama ibaratnya dengan berguru di Kolej Terkenal (kos mahal), dan kembali mengajar ilmu-ilmu yang kukutip ke sekolah-sekolah pekan di ceruk hutan sana.

Sekian.. nantikan di minggu hadapan.. (saya sedang minggu peperiksaan..) Maaf banyak-banyak diucapkan

 

Maaf sebab sudah lama saya tidak menghantar tutorial terbaru. Ini kerana terlau sibuk dengan beberapa tugasan (assignment) dan menyelesaikan beberapa tempahan logo.

 

 

 

Hari ini, tutorial kita ditujukan khas kepada peminat Naruto sekelian. Mari kita “Naruto”kan logo kita.. haha.. (Menurut rakan seJepun saya, kartun Naruto adalah tangga teratas anime yang paling dibenci.. sehingga wujud gerakan Anti-Naruto untuk menjatuhkannya. Ini mungkin kerana mereka cemburu dengan kejayaan Naruto di peringkat global. Hwahwahwa)

 

1. Apa tunggu lagi.. Pertama sekali, muat turun Font “NinjaNaruto” ini. Ekstrak font, (password: irfanreka.com), Ctrl+C untuk copy. Kemudian, buka Start > Control Panel > Fonts, kemudian tekan Ctrl+V untuk paste. Continue Reading »

Dah lama rasanya saya tak update dengan info-info berguna. (seminggu 1 post, ibarat bertahun lamanya.. hehe..)

Kadang-kadang kita tak tahu apa kekuatan untuk jenama Produk/ Syarikat/ Servis/ Peribadi masing-masing. Sepanjang saya membantu pelanggan dan sahabat memilih simbol jenama, pasti mereka akan menyerahkan pemilihan simbol dan warna 100% kepada saya.

Bila orang bertanya, “Irfan boleh jamin tak logo saya nanti boleh tarik ramai customer?“, “Warna apa yg sesuai untuk cafe saya tu ek?“, “Agak-agak, kalau guna simbol RM stylo tak?“… dan pelbagai ragam soalan. Continue Reading »

Maksud saya bukanlah “buta warna” yang tidak dapat membezakan jenis-jenis warna. Tapi “buta”untuk memilih gabungan warna yang sesuai untuk kelihatan lebih harmoni.

Perkara begini sering berlaku pada semua orang yang gemar melukis, mewarna atau menconteng-conteng.  Semalam saja, sudah lebih 15 orang bertanya kepada saya (melalui YahooMessenger) berkenaan tip-tip pemilihan warna yang sesuai. Jadi, mereka mencadangkan agar saya berkongsi sedikit di dalam blog ini.

Baiklah. Contoh situasinya, mudah.

Seorang budak perempuan bernama Fartis bukanlah seorang pelajar Pendidikan Seni. Satu hari, Fartis mempunyai masa lapang. Tiba-tiba dia merasakan dia hendak mencorak sendiri blog miliknya. Dia bermula dengan  hiasan sepanduk blognya (banner la tu..saje nk bagi BM..kekeke)

Kemudian, dia rasa banner yang dia reka semacam pelik. Fartis cuba menggabungkan beberapa warna lain tetapi tetap kelihatan tak menarik. Dia cuba dan terus mencuba sehinggakan dia rasakan sesuai dengan warna tema blog Fartis.

Inilah kepuasan yang semua orang mahukan. Tapi, sedarkah anda? Berbaloikah menghabiskan masa beberapa jam untuk memilih warna saja? Ya.. memang tak berbaloi. Tapi ada cara untuk memudahkan proses ini.

Cadangan Alternatif :

Anda perlu menggunakan beberapa perisian yang boleh memberikan anda cadangan warna yang sesuai. Ada beberapa tool di internet yang disediakan semata-mata untuk memudahkan kerja para designer muda di seluruh dunia (yang senior mungkin tidak) .

Contohnya (sumber : DesignMeltDown.com)

Genopal (Color pallet creation software)

COLOURlovers (Excellent color pallet collections)

Kuler – pallet builder from Adobe /

ColorBlender.com (The best tool I have found for easily creating beautiful color pallets)
Great color browsing resource (Named colors, by hue, etc)
Color Scheme Generator
Color Blender (On MeyerWeb)
Color In Motion
Color Schemer Online v2
Color Schemer Gallery
Color Symbolism

Atau, cari di google atau yahoo dengan kata kunci “Easy Choose Colour Tools” atau apa-apa yang anda rasakan sesuai.

Tip Tambahan :

1. Jika anda mencari kesinambungan mustahil antara dua warna yang pelik (contohnya, Pink + Biru), tools di atas boleh membantu. Dengan pantas, ia secara automatik akan mengharmonikan gabungan antara kedua warna.

2. Amalkan menyimpan / Save koleksi pallete warna kesukaan anda. Sila lihat Window > Swatches di Photoshop anda. Ini dapat memudahkan anda memilih semula senarai warna yang anda simpan sebelum ini.

PERCUMA :

Saya memberikan anda secara percuma “Swatches” senarai warna yang digunakan oleh 20 laman web terkemuka dunia yang bercirikan Web 2.0 seperti Yahoo, Google, Youtube, Wikipedia, Meebo, Photobucket dan banyak lagi. (Apa itu web 2.0? Tanya pakcik Google ya?). (Klik kiri untuk ke ruangan download)

Cara untuk memasukkan Swathes ini, ikuti langkah berikut (maaf ya, kali ni tanpa screenshot)

1. Window > Swatches

2. Klik anak panah kecil di tetingkap Swatches.

3. Pilih Load Swatches..  Cari fail yang saya berikan tadi.

Selamat mencuba.

JANGAN TUNGGU LAGI!! Sementara belum ramai yang tau, sebelum sesiapa memarahi saya, jadi ia TERHAD. Saya akan memadamkan entri ini bila-bila masa sahaja.

Semalam saya mendapat emel tentang bagaimana cara-caranya untuk mendapatkan Adobe Photoshop CS3 secara percuma dan juga sangat pantas. Tak perlu keluar rumah, duduk di depan PC anda dan turuti langkahnya.

Langkah 1: Mula-mula, dapatkan perisian Adobe Photoshop CS3 di link ini. (klik kanan, Save As) -mengambil masa 4 – 5 jam kerana fail yang terlalu besar. —Boleh tinggalkan dulu langkah ini. Teruskan ke langkah 2.

Langkah 2: Melalui link ini, download Notepad File .txt yang mengandungi Serial Number untuk  Continue Reading »