Dah lama rasanya saya tak update dengan info-info berguna. (seminggu 1 post, ibarat bertahun lamanya.. hehe..)
Kadang-kadang kita tak tahu apa kekuatan untuk jenama Produk/ Syarikat/ Servis/ Peribadi masing-masing. Sepanjang saya membantu pelanggan dan sahabat memilih simbol jenama, pasti mereka akan menyerahkan pemilihan simbol dan warna 100% kepada saya.
Bila orang bertanya, “Irfan boleh jamin tak logo saya nanti boleh tarik ramai customer?“, “Warna apa yg sesuai untuk cafe saya tu ek?“, “Agak-agak, kalau guna simbol RM stylo tak?“… dan pelbagai ragam soalan.
Bagi saya, persoalan ini sangat subjektif sebenarnya. Pelbagai macam cara syarikat-syarikat gergasi untuk mendapatkan tarikan pelanggan. Contohnya, simbol McDon*ld sangat mudah, cuma menggunakan kekuatan huruf “M” sahaja. Logo Teleko* pula menggunakan kuasa warna biru dan oren. Lihat pula pada kekuatan simbol burung pada logo Celco*.
Jadi, rasanya saya ingin berkongsi teknik yang saya sendiri cipta (bukan diceduk dari mana-mana agensi penjenamaan). Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membuka pemikiran dan mencabahkan idea anda yang mungkin sekarang ini sedang tercari-cari identiti tersendiri.
—————–IrfanReka Logo Method—————-
Dengan menggunakan “IrfanReka Logo Method” (main sedap jek letak nama method sendiri..hehe), yang ingin ditekankan adalah IDEA… IDEA…. dan IDEA…
LANGKAH 1; Apa jenis perniagaan / perkhidmatan/ laman/ blog anda?
Dalam langkah ini, anda perlu pastikan terlebih dahulu jenis perniagaan anda. Apakah kategori perniagaan anda? Kesihatan, Guaman, Pendidikan, Makanan, Sukarela, Teknologi atau apa saja.
LANGKAH 2 ; Lihat sekeliling anda. Lihat persekitaran perniagaan anda. Cari objek benda yang sesuai dengan perniagaan anda.
Ketika ini, pemilihan simbol objek perlulah bersesuaian dengan perniagaan anda. Ini penting kerana dapat memudahkan pelanggan anda mengingati jenama anda. Bukalah mata seluasnya, selami dengan hati. Janganlah terlalu mengongkong dan menyekat pemikiran anda. Kalau perniagaan/ blog anda berkenaan penjagaan kucing, lukislah kucing secomel mungkin. Kalau perniagaan anda berkaitan perkahwinan, apa kata gunakan simbol tepak sirih.
TAPI, ia mungkin sudah menjadi trend. Anda perlu menampakkan lebih kelainan dari pesaing. Mari kita teruskan dengan Langkah 3.
LANGKAH 3 ; Kenalpasti semula Misi, Visi, Halatuju, Objektif perniagaan/ perkhidmatan/ laman blog anda.
Anda juga boleh meletakkan simbol yang tak bersangkut paut langsung dengan perniagaan anda. Pernah dengar Kicap Cap Kipas Udang? Apa kaitan kicap dengan kipas? ‘Kipas udang’ tu datang dari planet mana pula? Kepelikan dan keunikan seperti ini yang dapat memberi kelainan dari pesaing.
Yang berkaitan dengan alam, contohnya logo Celc*m yang menggunakan simbol burung. Mungkin bermaksud liputan talian yang seluas pandangan burung barangkali? Atau kebebasan anda berkomunikasi di mana-mana saja bak burung yang terbang bebas?
Perhatikan Misi dan Visi.. aplikasikan prinsip alam sebaik mungkin. Lihat pohon yang indah ditiup angin, mentari jingga cantik di balik bukit, kawanan awan berarak tenang… dan… (dah mula merepek aku ni…). Fikirkan kaitannya dengan logo jenama anda.
LANGKAH 4 ; Pemilihan warna.
Di sini mungkin menjadi bahagian yang paling sukar. Tak perlu saya menceritakan satu persatu maksud dan falsafah warna secara panjang lebar. Mungkin orang kata warna merah menarik minat, ada juga pelanggan yang benci merah. Kalau produk/perkhidmatan/blog berkaitan wanita, tak sewajibnya anda menggunakan warna merah jambu.
Anda saja yang berhak menentukannya. Anda juga boleh membuat kajian sendiri turun padang menemu ramah orang ramai, membuat bancian dan undian. (Sangat melecehkan, ya?)
Kalau ada bertanya pendapat saya warna apa yang sesuai, saya akan menjawab dengan soalan mudah, “Encik suka warna apa?”
LANGKAH 5 ; Berkawan dengan Encik Pen dan Puan Kertas.
Ke mana saja, jika anda nampak sesuatu objek/corak yang menarik perhatian anda, terus lukiskan di atas pen dengan kertas (???????). Idea mungkin hilang tanpa dicatat. Jadikan mereka ini teman rapat anda.
LANGKAH 6 ; Serahkan kerja seni akhir pada yang jurugrafik.
Perlu diingat, pastikan kerja jurugrafik adalah mengemaskan logo lakaran anda SAHAJA tanpa mengenepikan hasil idea anda. Idea pada logo jenama anda itu adalah harta intelek anda sendiri. Itu adalah hak anda.
————————————————————————————————————
p/s: Nasihat saya, lakarlah logo jenama sendiri. Jadikan logo syarikat dan apa saja milik kita adalah hasil karya idea kita sendiri. Tak banggakah anda melihat logo itu di papan iklan besar, di dada akhbar, di serata dunia (internet) ??
p/s: Kalau tak ada idea jugak, bertanyalah pada kawan-kawan, kaum kerabat, rakan kongsi, dan mereka yang dirasakan selesa. Kalau tak ada idea jugak, bolehlah tanya kat sini, berkongsi idea dengan rakan-rakan.
tak tahu la nak jawab mcm mana..
tapi logo is your identity and it gives first better impression – BUT, if you have a shop that provides lousy service, nobody will return to you i can assure u that much (no matter hopw good is the logo)..
for logo, just don’t make it too ugly (don’t use weord color like purple or dark green) and at the same time, don’t overdo it..
ya..logo memang amat penting bagi sesuatu perkhidmatan atau produk..
tapi apa yang paling penting adalah logo tersebut mudah untuk diingati..betul tak?kalau tak caya..cuba kita tanya adik2 atau anak2 kita..logo KFC macam mana?mesti die jawab..ade muka orang tua..McD lak? ade huruf M kaler kuning..
kalau DIgi?ala..orang kuning tu…hehehe..tentu anda dapat tangkap bukan?logo yang cantik tidak semestinya menjamin produk atau perkhidmatan anda laris atau tidak..tapi sejauh mana logo anda itu diingati..let say…logo anda terlalu la simple..ade dua huruf je..sebagai contoh, MB…mudah bukan?
tapi designernya memasukkan elemen grafik seperti font yang besar serta mudah dilihat serta warna yang membolehkan logo tersebut jelas dan mudah diingati..tapi semua orang nakkan logo yang cantik bukan?hehehe..
pada e-fun..tgk logo ko memang cantik..aku belum ade logo lagi untuk site aku coz tgh melukis..hehehe..lum dapat cari lagi pic tu..chaiyok
from me
sy byk kerja sekolah .laman web ni byk membantu.. thank you……
mcmner nk cari software adobe photoshop…?
ada byk …yg man terbaik… tq
Assalamualaikum… macamana plak pemilihan logo utk syarikat yg jual macam2 jenis produk?? (makanan+ barang2 lain).. pemiliknya suke warna hijau. Adakah sesuai utk sya buat Logo dgn menulis ‘Nama penuh syarikat tu sja /nama singkatan’ atau kena buat logo (macam simbol burung celc*m) ?? bleh kongki pandangan encik?
saya memerlukan satu contoh utk koperasi tempat saya keje…tapi saya xder idea…leh bagi pandangan x?koperasi nie menjual mcm2 produk….?
Kebanyakan orang banyak berangan nak logo yang bagaimana. Tapi itulah, tak ramai yang mahir melukis dan mencurah idea dari otak terus ke tangan. Jd sukar nak capai logo yg diingini..
saya menjual produk kesihatan dan kecantikan..saya sudah ada nama company yg berdaftar..cuma skrg saya tiada logo yg sesuai..mohon bantuan…
saya ada syarikat supplier tetapi tiada logo syarikat
nak buat logo biase guna software ape?
saya ada sykt kontrak tapi tak ada logo…
salam.saya nak minta pandangan. Saya menjalankan perkhidmatan berkenaan sistem keselamatan seperti sistem penggera,pagar automatik, adakah sekadar letak nama sahaja memadai atau mesti buat logo.setahun juga saya fikir, disebabkan malas nak fikir lama lama,saya letak nama ja untuk lekat kat kotak siren sebagai iklan.tapi sekarang masih cari idea logo yang sesuai.
Salam en.irfan nak minta pendapat,sy bru nak memulakan bissnes pomade dan hair colour wax..tp x tau mcm mn buat jenama logo sendri..xda idea ..bole bg simbol logo y sesuai tak?sharing is caring..terima kasih..
Salam tyan,saya baru nk tubuhkan NGO yg berkaitan kearah kebajikan membantu asnaf yg memerlukan..tajuk NGO : pertubuhan usaha murni muslim utara..apakah jenis logo yg sesuai untuk NGO saya ni tuan?ada idea utk bantu saya cipta logo ni?
Contact saya 0174033946 puan azieta
Tq tuan admin